Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

2.3 JUTA WARGA EMAS SUDAH TERIMA VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

2.3 JUTA WARGA EMAS SUDAH TERIMA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Hampir 80 peratus atau 2.3 juta warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua yang turut merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.

“Individu OKU yang mendapat suntikan vaksin seramai 127,775 dan mereka yang mempunyai komorbiditi pula seramai 853,554,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PICK, hari ini.

Sementara itu Khairy berkata jumlah keseluruhan kumpulan fasa dua yang mendaftar di bawah PICK seramai 5.4 juta dengan 2.89 juta daripadanya warga emas.

“Kira-kira 20.8 peratus daripada jumlah warga emas yang berdaftar telah diberikan janji temu dan dijangka menerima suntikan dos pertama bulan ini,” katanya.

Ujar beliau kumpulan warga emas di negeri Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Perlis yang telah memulakan fasa ketiga PICK merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus vaksinasi membabitkan golongan warga emas yang mendaftar.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan populasi Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas yang menerima sekurang-kurangnya satu vaksin ialah 27.3 peratus manakala 11.2 peratus telah lengkap divaksinasi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading