Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA BINCANG ISU DISKRIMINASI VAKSIN ASTRAZENECA DENGAN DUTA EU

DALAM NEGARA

MALAYSIA BINCANG ISU DISKRIMINASI VAKSIN ASTRAZENECA DENGAN DUTA EU

PUTRAJAYA: Malaysia akan berbincang dengan Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas berkenaan isu diskriminasi vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bagi mendapat penjelasan terperinci daripada EU berhubung isu tersebut.

“Tiada alasan untuk Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk mendiskriminasikan vaksin AstraZeneca biarpun ia dikeluarkan daripada fasiliti yang berbeza.

“Saya ingin menjelaskan bahawa semua fasiliti yang mengilangkan vaksin itu menggunakan formulasi sama, malah, semua fasiliti ini mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP),” katanya.

EU katanya tiada alasan untuk mendiskriminasikan antara satu fasiliti AstraZeneca-Oxford dengan fasiliti yang lain.

Pihaknya juga akan mendapatkan penjelasa EU membabitkan dasar imigresen kesatuan itu berhubung pemberian vaksin keluaran fasiliti yang tidak diiktiraf EMA ketika ini.

Sebelum ini media melaporkan EMA tidak mengiktiraf vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford yang dikilangkan di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

Malaysia adalah antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca daripada pengeluar SK Bioscience Korea Selatan dan Siam Bioscience Thailand.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading