COVID-19: 50 PERATUS POPULASI DEWASA SUDAH DIVAKSINASI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,797,708 atau 50 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 5,519,845 atau 23.6 peratus populasi dewasa selesai dos vaksinasi lengkap.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin dos 1 dan dos 2 di Malaysia pula setakat semalam 17,317,553.

Berdasarkan info grafik yang dimuat naik di akaun Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), jumlah pemberian dos vaksin pada 25 Julai sebanyak 399,135 dos, terdiri daripada dos pertama 281,481 dan dos kedua 117,654.

Selangor menjadi negeri tertinggi pemberian vaksin semalam iaitu 101,463 dos dengan jumlah kumulatif 4,854,581 dos.—AlHijrah Online

Leave a Reply