DUA AHLI PARLIMEN POSITIF COVID-19

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen tidak menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selepas disahkan positif COVID-19.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan perkara tersebut.

Susulan itu terdapat enam ahli Parlimen terpaksa menjalani kuarantin kendiri susulan menjadi kontak rapat kepada dua ahli Parlimen tersebut.

Azhar dalam pada itu memaklumkan, 13 kakitangan Parlimen dikesan positif COVID-19.

“Hasil ujian saringan COVID-19 yang diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen yang didapati positif.

“Seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Azhar mengingatkan supaya semua ahli Parlimen terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk penjarakan fizikal.—AlHijrah Online

Leave a Reply