TIADA DARURAT BAHARU SELEPAS 1 OGOS

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos ini.

Kenyataan tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14, hari ini.

“Kerajaan membuat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) untuk membatalkan kesemua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat.

“Oleh kerana telah dibatalkan, maka isu ungkai sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply