Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SEBARANG ALAHAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 – DR ZULKIFLI

DALAM NEGARA

TIADA SEBARANG ALAHAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 – DR ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak mengalami sebarang alahan atau gejala selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi yang dimuat naik di laman Twitter beliau, Dr Zulkifli memaklumkan keadaan kesihatannya seperti biasa selepas menerima suntikan tersebut di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, kira kira jam 3.15 petang semalam.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan cakna.

“Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang begitu berhemah dan tertib dalam melaksanakan tugasan yang cukup mencabar,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli juga menyeru kepada semua untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 dengan harapan Allah SWT memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Lindung diri, sudah pasti bermakna kita melindungi semua,” katanya.

—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading