Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI DIBERI KEUTAMAAN TERIMA VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI DIBERI KEUTAMAAN TERIMA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19 akan diberikan kepada bakal jemaah haji Malaysia tahun ini selepas kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Tabung Haji (TH) akan mengemukakan senarai jemaah haji mengikut jadual setelah mendapat keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia bagi menyediakan vaksin bagi jemaah haji, jika ditetapkan (syarat) sebagai wajib oleh kerajaan Arab Saudi.

“Apabila kita dapat ketetapan bahawa ia adalah wajib, kita akan bekerjasama dengan TH bagi melihat senarai yang diluluskan untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini, supaya mereka diutamakan dalam pemberian vaksin,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah memaklumkan vaksinasi COVID-19 adalah wajib dan ianya sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah tersebut pada Julai nanti.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading