HAD BELI-BELAH DUA JAM DITANGGUHKAN

Sumber Gambar: Syaiful REDZUAN / AFP

IPOH: Tempoh had dua jam pelanggan dalam premis perniagaan ditangguhkan selepas pengumuman sekatan pergerakan penuh atau ‘lockdown’ mulai 1 Jun lalu.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam bagaimanapun berkata orang ramai dinasihat untuk segera meninggalkan premis selepas mendapatkan barang keperluan.

“Sebaik mendapat pengumuman ‘lockdown’, kita menghapuskan tempoh dua jam seseorang pengguna itu boleh berada dalam sesuatu premis ataupun pasar raya, kompleks dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita menyarankan pengguna jangan mengambil masa yang terlalu lama kerana kita hendak mengurangkan risiko dan memastikan orang ramai lebih menghabiskan masa di rumah daripada di pasar raya atau kedai yang tidak sepatutnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN – BELI BELAH DIHADKAN DUA JAM SAHAJA

Pada 25 Mei lalu, kerajaan mengumumkan tempoh pelanggan berada di dalam premis perniagaan dihadkan maksimum dua jam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.–AlHijrah Online

Leave a Reply