Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELI BELAH DIHADKAN DUA JAM SAHAJA

DALAM NEGARA

BELI BELAH DIHADKAN DUA JAM SAHAJA

Sumber Gambar: Syaiful REDZUAN / AFP

PUTRAJAYA: Tempoh masa pelanggan dalam semua premis peruncitan termasuk pusat membeli-belah dihadkan maksimum dua jam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula Selasa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, , had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah dalam satu-satu masa diwajibkan mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

“Waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborong, pengedaran dan restoran dihadkan antara pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Kedai farmasi dan penjagaan diri kecuali yang tersenarai di bawah aktiviti tidak dibenarkan seperti spa dan perkhidmatan penjagaan kuku dikekalkan di antara pukul 8 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Ujarnya tindakan tegas termasuk arahan untuk menutup premis akan dibuat sekiranya gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam pada itu premis peruncitan termasuk pusat beli belah yang tersenarai bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditutup serta merta selama tiga hari bagi tujuan sanitasi.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa penambahan SOP bagi sektor ekonomi bagi mengawal penularan wabak COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: HAD BELI-BELAH DUA JAM DITANGGUHKAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading