Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GERHANA BULAN PENUH ‘SUPER FLOWER BLOOD MOON’ 26 MEI INI

DALAM NEGARA

GERHANA BULAN PENUH ‘SUPER FLOWER BLOOD MOON’ 26 MEI INI

Sumber Gambar: Ulet Ifansasti / Getty Images

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh ‘Super Flower Blood Moon’ akan berlaku pada Rabu, 26 Mei ini, antara jam 4.47 petang hinga 9.50 malam.

Dalam satu kenyataan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

“Gerhana bulan penuh akan berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309 kilometer (km).

“Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii,” katanya.

Fenomena ‘𝙎𝙪𝙥𝙚𝙧 𝙁𝙡𝙤𝙬𝙚𝙧 𝘽𝙡𝙤𝙤𝙙 𝙈𝙤𝙤𝙣’ akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh.

Orang ramai boleh turut melihat fenomena gerhana bulan di laman Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading