Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM NAFI DAKWAAN 40 JURURAWAT MENINGGAL DUNIA KERANA VAKSIN

DALAM NEGARA

KKM NAFI DAKWAAN 40 JURURAWAT MENINGGAL DUNIA KERANA VAKSIN

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebuah audio tular di media sosial mendakwa seramai 40 orang jururawat meninggal dunia kerana menerima vaksin COVID-19 yang dikatakan sebagai racun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan tersebut yang tidak benar sama sekali

”KKM menasihatkan agar semua masyarakat membimbing mereka yang berada di bawah jagaan keluarga mereka agar tidak membuat, berkongsi dan mempercayai maklumat yang tidak benar sebegini,” katanya.

Adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang bagi individu yang membuat kenyataan yang tidak benar serta boleh menimbulkan kegelisahan awam.

“Sebelum ianya berlaku adalah lebih baik kita mencegahnya dengan nasihat menasihati antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, rakaman suara individu yang menggelar dirinya ‘Mak Teh’ menyarankan penerima vaksin minum air kelapa bertujuan membersihkan daripada ‘racun’.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading