HADI AWANG DILANTIK DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Pelantikan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016. — AlHijrah Online

Leave a Reply