Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AUSTRALIA MULA UJIAN KE ATAS HAIWAN HASILKAN VAKSIN COVID-19

DUNIA

AUSTRALIA MULA UJIAN KE ATAS HAIWAN HASILKAN VAKSIN COVID-19

ANKARA: Agensi sains Australia hari ini dilaporkan memulakan ujian ke atas feret (sejenis mamalia) untuk menghasilkan vaksin koronavirus.

Menurut kenyataan Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO), agensi sains Australia, saintis telah memulakan fasa pertama bagi menguji potensi penghasilan vaksin.

“Kita telah mula ujian klinikal bagi calon vaksin berpotensi,” kata kenyataan itu dipetik agensi berita Anadolu.

“Proses ini akan mengambil masa selama tiga bulan,” kata kenyataan itu sambil menjelaskan ujian klinikal itu dilakukan di fasiliti biosekuriti CSIRO di Geelong, Victoria.

Tindakan itu dijalankan selepas Australia merekodkan lebih 5,100 kes jangkitan koronavirus dengan 24 dilaporkan maut hari ini

Kenyataan itu berkata CSIRO merangka model biologikal pada Februari lalu tetapi penyelidik mengkajinya sejak Januari lalu.

“Ini adalah pengesahan pertama feret bertindakbalas dengan SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19),” kata kenyataan itu.

SARS adalah sindrom pernafasan akut teruk.

“Penyelidik mencapai kemajuan dalam mengkaji punca jangkitan ke atas haiwan, langkah penting memahami sama ada vaksin itu berkesan,” kata kenyataan itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading