KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation hari ini melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil dan Sederhana (PSIKS-TVAH) bernilai RM7.65 juta dalam bentuk ruang siaran percuma kepada IKS terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui pakej stimulus TV AlHijrah itu, sekurang-kurangnya 300 IKS terjejas akan diberikan ruang pengiklanan dan hebahan percuma di platform TV AlHijrah melalui slot khas PSIKS-TVAH, termasuk di medium digital, bermula esok selama tiga bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata pakej stimulus itu digerakkan di bawah inisiatif #MusaadadCOVID-19 yang digerakkan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menunjukkan solidariti kepada kelompok terjejas, khususnya IKS.
Katanya, ia juga sebagai menyahut seruan Perdana Menteri supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu kelompok yang terjejas akibat pelaksanaan PKP bagi membantu mengekang penularan COVID-19.
“Kita tahu impak PKP (COVID-19) kepada IKS. Jika kita tidak bantu, mereka takkan mampu menjana ekonomi kepada semua pihak, termasuk penyiaran. Ia akan ada kesan domino effect.
“Kalau kita tak bantu IKS jana ekonomi, kita akan lihat permasalahan ekonomi lebih besar impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi (secara umumnya).
“Inilah masa untuk kita beri kembali kepada IKS supaya mereka boleh bangun semula,” kata Namanzee ketika mengumumkan inisiatif PSIKS-TVAH dalam siaran program Analisis khas dihoskan Syafinaz Yunus di TV AlHijrah di sini pagi ini.
Melalui inisiatif pakej stimulus ini, ruang pengiklanan percuma akan diberikan kepada IKS menerusi program bual bicara pagi, Assalamualaikum , setiap hari selama tiga bulan.
“Anggaran nilai siaran kempen yang berlangsung sehingga awal Jun 2020 ini berjumlah RM7.65 juta. Ini bermaksud setiap usahawan IKS diberikan slot percuma bernilai RM30,000 setiap seorang,” kata Namanzee.
Setiap hari tiga usahawan IKS akan dipaparkan di dua platform promosi TV AlHijrah iaitu Assalam Biz menerusi Skype dan platform online di Facebook TV AlHijrah.
“Industri terkesan boleh dapatkan airtime secara percuma. Kita akan beri sokongan hebahan di televisyen dan digital untuk bantu,” kata Namanzee mengalu-alukan kerjasama rakan strategik dalam menjayakan pakej stimulus ini.
Setakat ini, dua rakan strategik tampil bersama-sama TV AlHijrah untuk membantu IKS terjejas iaitu platform penjualan digital, Slurp! dan platform khidmat penghantaran, Helpy.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 3,116 kes jangkitan wabak COVID-19 dengan 50 maut. Daripada jumlah itu, 105 kes dirawat di ICU dengan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Kerajaan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac hingga 14 April depan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang secara langsung menjejaskan ekonomi rakyat dan negara, termasuk IKS. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Pingback: TV ALHIJRAH KEKAL SALURAN ISLAMIK NO. 1 NEGARA KETIKA PKP, PKPB | ALHIJRAH ONLINE
Pingback: COVID-19: Tv Al Hijrah Menawarkan Pakej Stimulus IKS Bagi Membantu Usahawan IKS - The Aqra