Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN THE HAGUE AKAN ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR MENGENAI GAZA DI BOGOTA

DUNIA

KUMPULAN THE HAGUE AKAN ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR MENGENAI GAZA DI BOGOTA

Kumpulan The Hague, sebuah gabungan sembilan negara termasuk Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri bagi membincangkan peningkatan keganasan yang berterusan oleh Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki di Bogota, Colombia bulan depan.

Gambar fail (AFP)

KUALA LUMPUR: Kumpulan The Hague, sebuah gabungan sembilan negara termasuk Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri bagi membincangkan peningkatan keganasan yang berterusan oleh Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki di Bogota, Colombia bulan depan.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan bersama oleh Colombia dan Afrika Selatan di Kementerian Luar Colombia pada 15 dan 16 Julai, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.

“Mesyuarat ini akan membincangkan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan dan semakin meningkat oleh Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk jenayah genosid.

“Fokus utama adalah kepada langkah perundangan dan diplomatik yang diselaraskan untuk menamatkannya,” menurut kenyataan itu.

Negara-negara anggota turut dijangka mengumumkan tindakan konkrit bagi menguatkuasakan undang-undang antarabangsa melalui tindakan negara yang diselaraskan – bagi menamatkan genosid serta memastikan keadilan dan akauntabiliti.

Gabungan sembilan negara itu ditubuhkan pada 31 Jan 2025 sebagai respons terhadap kekejaman berterusan Israel dan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Ia dianggotai oleh Belize, Bolivia, Colombia, Cuba, Honduras, Malaysia, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading