Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DENGAN 16 REKOD JENAYAH ANTARA LIMA DITAHAN PECAH RUMAH DI KULAI

DALAM NEGARA

LELAKI DENGAN 16 REKOD JENAYAH ANTARA LIMA DITAHAN PECAH RUMAH DI KULAI

Seorang lelaki dengan 16 rekod jenayah antara lima yang ditahan, kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di sekitar Daerah Kulai, semalam.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dengan 16 rekod jenayah antara lima yang ditahan, kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di sekitar Daerah Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lima lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 38 tahun itu, ditahan Pasukan Lejang Balai Polis Kulai antara pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Turut dirampas beberapa barangan kes termasuk sebuah Proton Wira, sebuah konsol permainan PlayStation 4, sebuah beg sandang, kasut berjenama dan dua kamera jenis Canon.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Kulai dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi pembuktian kes.

“Kita juga akan siasat penglibatan lima yang ditahan ini sama ada turut terlibat dalam kes jenayah di luar Daerah Kulai,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tok berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua individu yang ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata kesemua individu terbabit direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 16 Nov.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading