Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LTTE: 16 JAN PENDENGARAN PERMOHONAN JAMINAN ADUN SEREMBAN JAYA

DALAM NEGARA

LTTE: 16 JAN PENDENGARAN PERMOHONAN JAMINAN ADUN SEREMBAN JAYA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Jan untuk mendengar permohonan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, Oktober tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam Harshan Zamani yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan tersebut pada 26 Dis lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias memberitahu pemberita pihaknya akan memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu pada 10 Jan.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan kes Gunasekaren dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

Pada 18 Dis lepas, Gunasekaren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama ´Dap Guna Palanisamy´ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, di sini kira-kira 2 petang, 7 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading