ISU SURAT MATI: BAPA PESAKIT LEGA BANK BANTU MUDAHKAN URUSAN

Last Updated on

5

Susulan laporan Berita AlHijrah pada 1 Jan 2020, pihak bank terbabit tampil ke depan dan membantu mudahkan urusan bapa seorang pesakit terlantar di rumah keluarkan simpanan kurang 24 jam dari tempoh berita dilaporkan, tanpa perlu ke kaunter atau mengemukakan “surat mati”.

Kami menganggap kes ini selesai, namun pihak bank perlu perkemaskan semula SOP transaksi pengeluaran yang membabitkan kes seumpama ini.

Buat pegawai yang berkenaan, anda harus punya kebijaksanaan dan budi bicara dalam menangani kes seumpama ini dengan ihsan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata fikir-fikirlah sendiri. — AlHijrah Online

Leave a Reply