VIDEO SUMBANG: MAHKAMAH ARAH ALIFF SYUKRI BELA DIRI
Terdahulu, Ahmad Fuad dalam penghakimannya berkata video tidak sopan itu dimuat naik ketika Ramadan, iaitu bulan umat Islam berpuasa dan harus dihormati.
Usahawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ditemui media sebaik hadir di Mahkamah Seksyen Sepang bagi mendengar keputusan mengenai empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu. –fotoBERNAMA
SEPANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membela diri atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang, tiga tahun lepas.
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Aliff Syukri pada akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan keterangan bela diri selama empat hari iaitu 19 dan 22 Mei, 16 Jun serta 3 Julai.
Pada 13 Okt 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.
Aliff Syukri diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Mohd Radzlan Jalaludin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Faten Hadni Khairuddin.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Ahmad Fuad dalam penghakimannya berkata video tidak sopan itu dimuat naik ketika Ramadan, iaitu bulan umat Islam berpuasa dan harus dihormati.
Selain itu, beliau berkata hujahan Awang Armadajaya bahawa video di akaun aliffsyukriterlajaklaris tidak dimuat naik oleh anak guamnya adalah tidak berasas kerana Aliff Syukri mempunyai pengetahuan atas kewujudan video itu kerana akaunnya memerlukan pengesahan dua faktor.
Aliff Syukri yang ditemui di luar mahkamah selepas selesai prosiding berkata beliau menghormati keputusan mahkamah.
“Setelah hampir dua tahun (kes berjalan) saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan seterusnya,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked