Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SELESAI RAKAM KENYATAAN LIMA INDIVIDU BERKAITAN PENULARAN VIDEO ZAYN RAYYAN

DALAM NEGARA

POLIS SELESAI RAKAM KENYATAAN LIMA INDIVIDU BERKAITAN PENULARAN VIDEO ZAYN RAYYAN

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mereka ialah perakam video itu sendiri, suami dan rakannya, wanita yang memuat naik video berkenaan dan ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf.

KUALA LUMPUR: Polis selesai merekod keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video membabitkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mereka ialah perakam video itu sendiri, suami dan rakannya, wanita yang memuat naik video berkenaan dan ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf.

“Berdasarkan siasatan, video berkenaan dimuat naik ke laman sosial sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 Mac lepas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan Ismanira membuat satu laporan polis berhubung satu pautan video TikTok yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp.

Pautan video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan Ismanira sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya iaitu Zayn Rayyan dan adiknya yang berusia enam tahun menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Mohd Hafiz berkata laporan itu dibuat berikutan Ismanira merasakan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya berada dalam keadaan terancam. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading