Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT, TIGA CEDERA NAHAS LIMA KENDERAAN DI PENDANG

DALAM NEGARA

TIGA MAUT, TIGA CEDERA NAHAS LIMA KENDERAAN DI PENDANG

Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata kejadian pada kira-kira 3.20 pagi itu membabitkan tiga lori, sebuah pikap dan sebuah kereta, dengan tiga yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah penumpang kereta berkenaan.

Sumber Gambar: Media Sosial

ALOR SETAR: Tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 58.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Utara dekat Pendang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata kejadian pada kira-kira 3.20 pagi itu membabitkan tiga lori, sebuah pikap dan sebuah kereta, dengan tiga ya ng meninggal dunia di tempat kejadian adalah penumpang kereta berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu kereta berusia 27 tahun bersama tiga penumpang yang berusia 26 hingga 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Pendang menghala ke Jitra.

“Pemandu itu memandu di lorong kanan kerana lorong kiri ditutup untuk kerja-kerja pembaikan, dan sebaik sampai di lokasi, kereta itu hilang kawalan kerana cuba mengelak sebuah lori yang diparkir di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata kereta berkenaan kemudiannya telah bergesel dengan dua lagi lori yang diparkir di lorong kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah pikap yang dinaiki empat individu dari arah belakang tidak sempat membrek lalu melanggar kereta dan lori berkenaan. Akibat kemalangan itu, tiga mangsa maut ditempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu kereta itu mengalami kecederaan.

“Semua mayat telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat. Tiga yang cedera juga dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Rodzi berkata pemandu lori berkenaan masih belum hadir membuat laporan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading