Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LTTE: ADUN SEREMBAN JAYA LEPAS, BEBAS

DALAM NEGARA

LTTE: ADUN SEREMBAN JAYA LEPAS, BEBAS

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaren yang didakwa atas dua pertuduhan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Gunasekaren dibebaskan atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Melaka, dua tahun lalu.

Beliau turut dibebaskan atas tuduhan memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Dap Guna Palanisamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sini kira-kira 2 petang pada 7 Oktober tahun lalu.

Dalam dua mahkamah berasingan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan untuk memberhentikan prosiding undang-undang terhadap tertuduh.

Tiga hari lalu, Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh yang menghadapi 34 pertuduhan berhubung menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diputuskan selepas tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan terbabit.

“Dalam menjalankan kuasa budi bicara saya, menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan saya memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading