COVID-19 DI CHINA, ANGKA KORBAN CECAH 2,600 ORANG

BEIJING: Angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 2,592 di China, dengan jumlah kes berdaftar sebanyak 77,150, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Jumlah terkini itu menunjukkan seramai 24,734 pesakit pulih. Daripada 49,824 yang sedang dirawat, 9,915 berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Sputnik.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 409 kes baharu telah didaftarkan di China dengan 150 kematian dilaporkan (149 di wilayah Hubei). — BERNAMA

Leave a Reply