Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN PM, BERSATU KELUAR PH

DALAM NEGARA

TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN PM, BERSATU KELUAR PH

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), demikian menurut dua kenyataan berasingan hari ini.

“Tun Dr Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

“Surat tersebut telah dihantar kepada YDP Agong pada jam 1 tengah hari,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Dr Mahathir juga menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas semalam, membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Muhyiddin dalam kenyataan yang dimuatnaik ke Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin menegaskan keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depån negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat, bersama-sama dengan 10 wakil rakyat PKR yang lain. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading