Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT PALESTIN DIBUNUH ISRAEL, DIHERET JENTOLAK DI SELATAN GAZA

DUNIA

RAKYAT PALESTIN DIBUNUH ISRAEL, DIHERET JENTOLAK DI SELATAN GAZA

PASUKAN PERUBATAN MEMBAWA MANGSA KE DALAM AMBULANS – SUMBER FOTO: XINHUANET

GAZA: Seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala beberapa yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel di Gaza semalam, menurut sumber perubatan.

RAKYAT PALESTIN YANG DITEMBAK – SUMBER FOTO: XINHUANET

Xinhuanet melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah dua rakyat Palestin yang dilihat menghampiri pagar sempadan antara Khan Younis, bandar di selatan Gaza dan Israel.

Rakaman video menunjukkan jentolak tentera rejim Israel menarik mayat warga Palestin yang ditembak mati.

Di dalam rakaman video itu, kelihatan beberapa lelaki muda cuba menarik mayat mangsa kembali tetapi gagal kerana tembakan tentera Israel.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qedra dalam kenyataan media berkata, terdapat dua mangsa lain cedera di kaki dan dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya menyaksikan mereka menghampiri pagar di selatan Gaza dan menanam bahan peledak. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading