MAAL HIJRAH 1447H: MOHD NA’IM SERU UMAT ISLAM LAKSANA TRANSFORMASI MENYELURUH
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati makna Hijrah yang tidak lagi terbatas kepada perubahan fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut transformasi menyeluruh dari segi nilai, pemikiran dan sikap.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati makna Hijrah yang tidak lagi terbatas kepada perubahan fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut transformasi menyeluruh dari segi nilai, pemikiran dan sikap.
Beliau berkata rakyat dituntut berhijrah daripada sikap pasif kepada proaktif dan kebergantungan kepada daya juang sendiri dalam membina negara MADANI.
Mohd Na’im berkata setiap rakyat menjadi ejen penggerak membudayakan ilmu, menjunjung nilai, mengutamakan perpaduan dan menghormati perbezaan sekali gus membangunkan keluarga, komuniti serta negara atas asas ihsan dan taqwa.
“Tahun ini, sambutan Maal Hijrah bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’, suatu gagasan yang amat bertepatan dengan roh hijrah Rasulullah SAW.
“Tema ini menuntut kita mengangkat semula peranan ummah sebagai ejen rahmat, adil, dan progresif – membina sebuah masyarakat yang berteraskan nilai dan berpaksikan akidah,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menyempurnakan majlis berkenaan.
Turut berangkat ke majlis itu anakanda Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.
Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kabinet.
Hampir 8,000 tetamu menghadiri majlis sambutan itu termasuk kontinjen daripada kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan perwakilan asing.
Mohd Na’im berkata hijrah juga adalah detik memperbaharui azam menjadikan semua pihak lebih bersatu, berakhlak dan bermaruah demi “Membangun Ummah MADANI” yang bukan sahaja hebat di mata manusia, tetapi juga tinggi di sisi Tuhan.
“Semoga tahun 1447H ini menjadi tahun hijrah kita semua iaitu hijrah ke arah rahmat, kebaikan dan kesejahteraan,” katanya.
Seiring dengan tema hijrah itu, Mohd Na’im berkata kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggagaskan Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 yang bertunjangkan lima nilai hijrah iaitu Ilmu, Integriti, Itqan, Istiqamah dan Ikhlas sebagai kerangka hala tuju strategik pembangunan Islam di Malaysia.
Menurutnya, ini sekali gus menjadikan pentadbiran Islam lebih mampan selain rakyat lebih menyumbang serta komuniti lebih peduli.
Beliau berkata pelbagai inisiatif telah digerakkan antaranya Majlis Amanat Al-Falah 2025, Program Santuni Komuniti MADANI, Program Zikir Akbar, Dakwah Berimpak serta Santuni Anak Yatim dan Petugas Barisan Hadapan.
“Semua ini mencerminkan bahawa roh hijrah sedang diterjemahkan dalam bentuk tindakan iaitu menyantuni rakyat, memperkukuh nilai dan memperkasakan masyarakat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.