BEKAS MUFTI JOHOR NOOH GADOT TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 1447H
Bekas Mufti Johor Datuk Dr Nooh Gadot dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tengah), berkenan bergambar sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan). — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Johor Datuk Dr Nooh Gadot dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada tokoh pendakwah itu.
Nooh, 79, yang merupakan anak kelahiran Kampung Tekam, Pogoh, Segamat, Johor kini berkhidmat sebagai Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Beliau memegang jawatan Mufti Johor bermula 1999 hingga 2002 dan pada 2008 dilantik selaku Penasihat Agama kepada Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Tokoh lulusan doktor falsafah (PhD) Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu pernah menerima menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Johor 2009 dan Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1434H/2013M.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Nooh menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas anugerah diterima.
“Semoga pengiktirafan ini menjadi semangat kepada saya secara peribadi untuk terus menabur bakti terhadap pembangunan ummah dan menegakkan syiar Islam,” katanya.
Sementara itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, 60, atau lebih dikenali sebagai Dr Tawfig Al-Rabiah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1447H/2025M dengan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi serta sijil.
Sebagai Menteri Haji dan Umrah, beliau memainkan peranan penting dalam memodenkan perkhidmatan jemaah melalui inisiatif digital dan kerjasama antarabangsa, selaras dengan Visi Saudi 2030.
Beliau juga dikenali sebagai tokoh reformis yang berpengaruh dalam transformasi sektor kesihatan dan perindustrian Arab Saudi.
Tokoh ilmuan itu telah menerbitkan lebih daripada 16 kertas penyelidikan dalam jurnal antarabangsa, menjadi pengarang bersama buku mengenai rangkaian berkelajuan tinggi selain menyumbang kepada dokumen Pelan Visi Teknologi Maklumat Kebangsaan Saudi.
Berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.
Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Kabinet serta hampir 8,000 tetamu termasuk kontinjen dari kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan perwakilan asing. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.