JANGAN POLITIKKAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI, JAGA KESUCIAN AGAMA – AGONG
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan peringatan tegas kepada pemimpin masyarakat agar tidak menjadikan agama Islam sebagai alat politik demi kepentingan peribadi.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan peringatan tegas kepada pemimpin masyarakat agar tidak menjadikan agama Islam sebagai alat politik demi kepentingan peribadi.
Sultan Ibrahim bertitah urus tadbir kerajaan mestilah mengikut landasan syariat Islam, bukannya mengikut kefahaman sekular atau liberal.
“Saya ingin mengingatkan agar pemimpin masyarakat tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya, mengislamkan politik demi kepentingan negara.
“Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, mencakupi seluruh aspek kehidupan. Oleh itu, janganlah ada pihak yang tunggang agama untuk kepentingan parti politik mereka atau sebar fitnah, menyebarkan fitnah dan kebencian yang akhirnya memecahbelahkan masyarakat ” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Seri Paduka Baginda turut mengingatkan supaya pentas dakwah dan medan pengajaran agama tidak dijadikan saluran membawa agenda politik kepartian, sebaliknya kekal sebagai ruang memperkukuh perpaduan dan penyatuan ummah.
Sultan Ibrahim turut menitahkan semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali menyalakan api permusuhan atas nama kaum atau agama yang boleh menggugat keamanan negara.
“Nilai perpaduan erat dicapai di negara ini adalah melalui Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan nilai kebersamaan, keadilan kuasa, tanggungjawab dan muafakat.
“Marilah kita bersama menjaga kesucian agama Islam dan membentuk penyatuan ummah yang harmoni kerana Islam adalah agama persaudaraan dan perdamaian,” titah Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim turut menyeru anggota pentadbiran dan kepimpinan negara supaya mencontohi sifat Rasulullah SAW yang berhikmah, adil dan tidak menzalimi yang lemah.
Selain itu seluruh umat Islam juga diseru agar memahami tanggungjawab besar dalam membina sebuah tamadun yang berteraskan nilai Islam.
“Pembangunan sebenar bukan sekadar daripada segi fizikal, tetapi turut mencakupi aspek akhlak, ilmu, dan keinsanan.
“Orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka dijanjikan kedudukan tinggi di sisiNya. Mereka inilah golongan yang benar-benar memperoleh kemenangan.
“Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah adalah satu perjalanan bersejarah yang menjadi asas kepada Perlembagaan Piagam Madinah iaitu dokumen penting yang mendasari prinsip keadilan, muafakat dan kepelbagaian,” titah Seri Paduka Baginda.
Pada majlis itu Seri Paduka Baginda turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada bekas Mufti Johor Datuk Seri Dr Nooh Gadot yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1447H/2025M.
Turut berangkat ke majlis itu anakanda Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan Menteri Kabinet serta hampir 8,000 tetamu hadir termasuk kontinjen dari kementerian, jabatan serta agensi kerajaan dan perwakilan asing.
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M mengangkat tema ‘Membangun Ummah MADANI’, yang menyeru umat Islam supaya mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW untuk membina masyarakat yang lebih bertamadun, inklusif dan seimbang daripada segi kerohanian serta fizikal di samping membina negara MADANI.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.