Connect with us

ALHIJRAH NEWS

#MAHATHIR101 “SEMOGA TUN TERUS DILIMPAHI RAHMAT, KESIHATAN YANG BAIK” – PM ANWAR

DALAM NEGARA

#MAHATHIR101 “SEMOGA TUN TERUS DILIMPAHI RAHMAT, KESIHATAN YANG BAIK” – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau mendoakan agar Mahathir terus dikurniakan kesihatan yang baik selain dilimpahi rahmat dan berada dalam keberkatan-Nya.

“Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah,” katanya.

10 Julai 2026, menjadi tarikh istimewa buat negarawan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-101.

Sebagai rekod, Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara, dengan tempoh keseluruhan hampir 24 tahun iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, sebelum kembali menerajui negara selama kira-kira satu tahun 10 bulan dari 2018 hingga 2020.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading