Connect with us

ALHIJRAH NEWS

“RAHIM BAI” UGUT PEMPENGARUH DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

“RAHIM BAI” UGUT PEMPENGARUH DIREMAN TIGA HARI

Salah seorang lelaki dikenali sebagai Rahim Bai telah mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan mengatakan bahawa sekiranya rakaman tersebut menjadi tular, beliau akan memecahkan muka pengadu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Rahim Bai, yang disyaki mengeluarkan ugutan terhadap seorang pempengaruh di Kampung Sri, Langkas Puchong, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5:30 petang semasa pengadu bersama rakannya membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

“Semasa sesi siaran langsung berlangsung, beberapa lelaki tempatan telah datang dan melarang pengadu daripada membuat rakaman di kawasan berkenaan.

“Salah seorang lelaki dikenali sebagai Rahim Bai telah mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan mengatakan bahawa sekiranya rakaman tersebut menjadi tular, beliau akan memecahkan muka pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pengadu yang berasa takut akibat ugutan tersebut seterusnya membuat laporan polis.

Selepas laporan dibuat, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun di Subang Jaya sekitar pukul 4.20 petang, semalam.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah dan perintah tahanan reman telah dibenarkan selama tiga hari sehingga 11 Julai ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujarnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading