Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKAL DIBANGUNKAN, TAMPUNG KEPERLUAN 28 TAHUN

DALAM NEGARA

TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKAL DIBANGUNKAN, TAMPUNG KEPERLUAN 28 TAHUN

Tapak perkuburan berkonsepkan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) itu dijangka menyediakan sehingga 104,000 lot kubur, mencukupi bagi menampung keperluan pengebumian selama kira-kira 28 tahun.

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan membangunkan tanah perkuburan awam baharu bagi umat Islam di Wilayah Persekutuan menerusi projek di Lot PT3458, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pengebumian yang semakin kritikal.

Menerusi kenyataan media, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Hanifuddin bin Roslan, berkata projek itu dilaksanakan melalui kaedah pertukaran tanah antara Route Edge Sdn. Bhd. dan Kerajaan MADANI.

Di bawah kaedah itu, syarikat berkenaan akan membina jalan pintas keluar masuk dari Sungai Lalang ke Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) sepanjang 4.34 kilometer serta menyediakan tapak perkuburan awam Wilayah Persekutuan di lot yang telah ditetapkan.

Tapak perkuburan berkonsepkan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) itu dijangka menyediakan sehingga 104,000 lot kubur, mencukupi bagi menampung keperluan pengebumian selama kira-kira 28 tahun.

Selain penyediaan lot kubur, projek itu turut merangkumi pembinaan kemudahan seperti pejabat pentadbiran, surau, ruang pengurusan jenazah, kuarters, pondok pengawal dan infrastruktur berkaitan.

Projek berkenaan dijangka siap pada 2029 sebelum pengurusannya diserahkan kepada JAWI yang akan mengendalikan sepenuhnya urusan pengurusan jenazah, termasuk jenazah tidak berwaris, pengebumian dan penyelenggaraan tanah perkuburan seperti lapan TPIRS sedia ada di Wilayah Persekutuan.

Hanifuddin turut menegaskan JAWI tidak pernah bercadang untuk menswastakan urusan pengebumian jenazah umat Islam di Wilayah Persekutuan. Sebaliknya, tanah seluas 222.68 ekar yang terlibat dalam projek itu kekal di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Awam.

Menurut beliau, penyediaan tapak perkuburan baharu itu diharap dapat memastikan kapasiti tanah perkuburan awam umat Islam di Wilayah Persekutuan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading