MAHIR TIGA BAHASA, UCONG TIDAK KEKOK LAYAN PELANGGAN
Hampir setengah dekad Lee Ho Chu mengusahakan Kedai Gunting Rambut Bola beroperasi di Pasar Awam Langkap, dekat Teluk Intan, yang menjadi tumpuan pelanggan pelbagai kaum
Tukang gunting rambut, Lee Ho Chu, 69, atau mesra disapa Ucong mengelap piala bola sepak, yang dimenangi bersama pasukannya dahulu, di Kedai Gunting Rambut Bola di Pasar Awam Langkap, dekat Teluk Intan baru-baru ini. Pantas juga mulutnya berbual dengan pelanggannya yang berbangsa Cina menggunakan bahasa Kantonis walaupun Lee nampaknya seperti berbangsa India. Mahir berbahasa Tamil, Kantonis, dan tentunya Melayu, Lee tidak kekok melayan pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa yang saban hari menggunakan khidmatnya sejak lebih empat dekad lalu. –fotoBERNAMA
LANGKAP: Hampir setengah dekad Lee Ho Chu mengusahakan Kedai Gunting Rambut Bola beroperasi di Pasar Awam Langkap, dekat Teluk Intan, yang menjadi tumpuan pelanggan pelbagai kaum.
Walaupun kelibatnya seperti berketurunan India, lelaki berusia 69 tahun itu fasih berbahasa Kantonis dan mudah berbual dengan pelanggan kaum Cina.
Lebih mesra disapa Ucong, Lee yang berasal dari latar belakang pelbagai iaitu ibunya S.Krisnama, 95 berbangsa India manakala mendiang bapanya Lee Se Ti berbangsa Cina.
Selain berbahasa Kantonis, Lee juga fasih berbahasa Tamil dan Melayu sekali gus membolehkannya melayan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa tanpa rasa kekok malah mereka bersembang sangat mesra.
“Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan, tetapi rugi jika rakyat tidak mencuba untuk mempelajari dua lagi bahasa kaum utama iaitu Cina dan India termasuk Mandarin, Kantonis dan Tamil,” katanya ketika ditemui di premisnya di sini, baru-baru ini.
Berkongsi cerita mengenai kemahiran berbahasanya, Lee berkata dia mempelajari bahasa Kantonis dan Melayu melalui pergaulan dengan rakan-rakan sejak zaman kanak-kanak lagi.
“Saya tidak pernah masuk kelas belajar bahasa Kantonis. Saya cuma ikut dan cuba cakap dan fahamkan perkataan itu, akhirnya kita dah terbiasa dan boleh cakap seperti mereka,” katanya.
Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata banyak manfaat diperoleh sekiranya dapat berkomunikasi selain daripada bahawa ibunda, antaranya kita mudah didekati selain dapat membantu jika ada yang mengalami masalah komunikasi berlainan bangsa.
Lee berkata, adalah menjadi satu kelebihan jika seseorang itu minat untuk mempelajari bahasa lain kerana ia dapat membantu kita lebih mudah berkomunikasi selain mewujudkan suasana lebih mesra.
Mengambil contoh dirinya, Lee berkata “Saya tengok diri saya pun sangat senang apabila masuk ke Kampung Cina saya berbahasa Cina, masuk ke kampung Melayu saya berbahasa Melayu.
“Seseorang itu lagi bagus kalau dapat belajar ketiga-tiga bahasa (Cina, Tamil dan Melayu), bukan saya sahaja tetapi semua orang pun boleh jika berminat untuk belajar,” katanya.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, Lee mengajak masyarakat di negara ini yang mungkin boleh mula menanam minat untuk mempelajari selain daripada bahasa ibunda atas semangat perpaduan.
Bercerita mengenai perniagaan gunting rambutnya, kedai tersebut masih kekal tradisional sejak ia dibuka pada 1990.
“Pelanggan saya tidak pernah lari dari dahulu, ada yang sampai bergenerasi datang ke sini, walaupun banyak kedai moden yang muncul, saya ada pelanggan tetap,” katanya.
Meminati bola sepak, Lee turut menghiasi kedainya dengan pelbagai keratan akhbar mengenai bola sepak termasuk liga tempatan dan antarabangsa.
Malah, Lee masih mengekalkan harga rendah bagi perkhidmatan gunting rambut iaitu RM10 bagi dewasa sehingga serendah RM7 bagi kanak-kanak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked