Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN SYED SADDIQ BEBAS

UTAMA

MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTUSKAN SYED SADDIQ BEBAS

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2-1 yang mengetepikan rayuan akhir pendakwa raya terhadap pembebasan Syed Saddiq.

Panel tiga hakim berkenaan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Susulan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari kemudian.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu merupakan Penolong Bendahari Armada untuk melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut berdepan pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan pemindahan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading