MAJIKAN DI JOHOR PERLU BERI MASA CUKUP UNTUK SOLAT JUMAAT
JOHOR BAHRU: Semua majikan di Johor diminta mematuhi titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail agar memberi ruang dan masa mencukupi kepada pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat apabila penyelarasan semula cuti hujung minggu dilaksanakan bermula 1 Jan tahun depan.
JOHOR BAHRU: Semua majikan di Johor diminta mematuhi titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail agar memberi ruang dan masa mencukupi kepada pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat apabila penyelarasan semula cuti hujung minggu dilaksanakan bermula 1 Jan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han berkata jika majikan gagal berbuat demikian, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat.
“Seperti yang telah dititah, kami akan adakan sesi libat urus lebih mendalam dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta pemain industri dan pihak majikan dalam waktu terdekat agar titah ini dapat dilaksana dengan efektif. Semua pekerja Muslim perlu diberi ruang dan masa secukupnya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam khususnya waktu solat Jumaat.
“Oleh itu, pihak industri dan majikan yang tidak beri ruang secukupnya, dijangka berdepan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas program Green Legacy Johor Summit 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Beliau berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor itu disambut baik bukan sahaja oleh golongan pekerja, ibu dan bapa, tetapi juga sektor swasta dan perbankan di negeri ini.
“Pertukaran ini akan meningkatkan produktiviti Johor secara keseluruhan apabila waktu bekerja selari bagi pentadbiran kerajaan dan sektor ekonomi dan perbankan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Selain itu, sektor runcit juga akan terima impak positif apabila ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak pada hari cuti Sabtu dan Ahad,” katanya.
Semalam, Tunku Mahkota Ismail bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Tunku Mahkota Ismail turut bertitah agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu itu akan melibatkan kesemua penduduk Johor terutama 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked