MAJLIS RASMI KERAJAAN PERLU AMALKAN KESEDERHANAAN, HAYATI ROH RAMADAN – PM ANWAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua majlis rasmi kerajaan sepanjang Ramadan ini dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan, selaras dengan semangat dan roh bulan tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon Puspanitapuri hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua majlis rasmi kerajaan sepanjang Ramadan ini dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan, selaras dengan semangat dan roh bulan tersebut.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, beliau menekankan pentingnya untuk dimensi kerohanian diperkukuh sepanjang Ramadan, bukan hanya melalui ibadah kepada Allah SWT tetapi juga dengan memupuk integriti, disiplin dan kejujuran dalam kehidupan seharian.
“Ramadan ini seharusnya menjadi masa untuk kita lebih insaf dan berusaha menyampaikan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik, bukan sekadar memewahkan acara iftar dan kegiatan kita,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kementerian dan jabatan kerajaan untuk mengamalkan kesederhanaan pada majlis rasmi sepanjang Ramadan supaya dana yang ada dapat dimanfaatkan untuk membantu golongan memerlukan.
“Saya perhatikan ada kalanya jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan sumbangan dalam bentuk terlalu mewah. Sebagai contoh, kotak-kotak pembungkusan sangat indah tetapi harganya mungkin lebih mahal daripada isi seperti kurma diberikan. Ini satu pembaziran,” kata Menteri Kewangan itu.
Anwar turut menyeru agar Ramadan dijadikan sebagai bulan membudayakan pembacaan, pemahaman, dan penghayatan al-Quran, sesuai dengan peranannya sebagai petunjuk kepada manusia.
“Syahrul Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran, yang menjadi panduan untuk menentukan pertimbangan antara yang baik dan buruk.
“Maka, marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk mendalami dan mengamalkan ajaran al-Quran,” katanya.
Perhimpunan turut dihadiri dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked