Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL TERLIBAT KEMALANGAN DI JAMBATAN P. PINANG

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL TERLIBAT KEMALANGAN DI JAMBATAN P. PINANG

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.

GEORGE TOWN: Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.

“Lelaki warga emas itu maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang merupakan warga asing dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat dengan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Lee berkata kemalangan berasingan melibatkan sebuah kereta dan bas menyebabkan  kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua hala sejauh lima kilometer pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan pada 9.20 pagi itu menyaksikan kereta berkenaan terbaik dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan iaitu menghala ke George Town setelah melanggar bahagian belakang bas tersebut.

“Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 46 tahun dan penumpangnya, 47 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan kes itu itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading