Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN KEBAKARAN, DIPERCAYAI DIBUNUH ANAK

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DENGAN KESAN KEBAKARAN, DIPERCAYAI DIBUNUH ANAK

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan terbakar dipercayai dibunuh  anak lelakinya yang mempunyai masalah mental di Jalan Tok Keling di sini, semalam.

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan terbakar dipercayai dibunuh  anak lelakinya yang mempunyai masalah mental di Jalan Tok Keling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian amuk anak mangsa pada 7.48 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata sebelum itu berlaku pertengkaran antara suspek berusia 43 tahun dan mangsa 68 tahun dengan disaksikan anak suspek berusia 14 tahun yang turut berada dalam rumah sama.

“Berdasarkan keterangannya, kejadian berlaku antara 7 hingga 7.30 pagi. Dia terdengar pertengkaran antara ayahnya (suspek) dengan si mati iaitu nenek kepada saksi sebelum mendengar jeritan neneknya meminta tolong. 

“Saksi melarikan diri keluar dari rumah untuk meminta bantuan daripada jiran. Beberapa jiran cuba melihat apa yang berlaku namun telah diancam oleh suspek menyebabkan jiran terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Siti Nor Salawati, suspek ditahan di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut menemukan mangsa dalam keadaan terbakar.

“Semakan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental,”  katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading