MELAKA: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Melaka akan diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim di sini selama empat hari bermula 22 Feb ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata 18 peserta peringkat akhir tilawah al-Quran akan bertanding bagi kategori qari dan qariah.
Beliau berkata bagi hafazan al-Quran pula, 51 peserta akan bertanding meliputi kategori satu hingga 10 juzuk, satu hingga 20 juzuk dan satu hingga 30 juzuk.
“Penganjuran MTHQ bertujuan melahirkan qari dan qariah yang mampu mengharumkan nama Melaka di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada Mei depan, seterusnya nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Kita anggarkan 5,000 penonton akan hadir menyaksikan MTHQ di auditorium berkenaan dan siaran langsung juga akan diadakan menerusi saluran media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita selepas bersiaran di Konti Melaka FM Jabatan Penyiaran Melaka di sini hari ini.
Rahmad berkata bagi tilawah al-Quran, johan hingga tempat kelima bagi kategori qari dan qariah akan menerima hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM44,000 selain pakej umrah, pakej kembara ilmiah serantau Muslim, plak iringan dan sijil penyertaan.
Bagi hafazan al-Quran pula, beliau berkata 18 pemenang hafiz dan hafizah akan dipilih untuk tiga kategori yang dipertandingkan dengan hadiah wang tunai keseluruhan RM72,000, selain pakej umrah, pakej kembara ilmiah serantau Muslim, plak iringan dan sijil penyertaan.
“Majlis hafazan al-Quran akan berlangsung pada sebelah pagi hingga petang manakala majlis tilawah al-Quran diadakan pada sebelah malam. Majlis penyampaian hadiah pula akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam pada 25 Feb,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked