Ciapan Twitter petugas KKM yang mengikuti perjalanan mengambil pesakit COVID-19 di rumah
SUNGAI BULOH: Perkongsian seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitternya mendapat perhatian sebahagian warga net pada malam tahun baharu 2021.
Ketika orang ramai menyambut tahun baharu dengan dentuman mercun dan bunga api, namun perkongsian frontliner berkenaan, walaupun ringkas tetapi membuka mata masyarakat akan realiti sebenar apa yang berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Farihin Fattah, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) memuat naik ciapan beserta gambar-gambar ketika tugasannya ‘mengangkut’ individu-individu positif COVID-19, sambil secara santai mengingatkan orang ramai supaya tidak ambil mudah penyakit berjangkit berkenaan.
Dengan berpakaian lengkap Peralatan Perlindungan Diri (PPE), ciapan di Twitter Farihin juga secara tidak langsung menceritakan pelbagai kisah yang ramai tidak tahu di sebalik laporan harian kes COVID-19 oleh KKM.
Ucapan tahun baharu 2021 seorang frontliner menerusi Instagram
“Korang kalau happy malam ni sekejap je, kalau sangkut laa Covid ni, 14 hari kena kurung kat Pusat Kusta tu.”
Farihin Fattah, Frontliner
Menurut Farihin, malam tadi sahaja beliau bersama pemandu ambulans bernama Irsyad mempunyai lebih 20 tugasan untuk mengambil pesakit COVID-19 di kediaman masing-masing di serata Lembah Klang untuk dibawa ke hospital.
Kongsinya lagi, pesakit COVID-19 yang diambil oleh ambulans tidak boleh mengharap akan terus dimasukkan ke dalam wad memandangkan wad rawatan pesakit virus itu sentiasa penuh.
Ciapan yang mengingatkan bahawa situasi di wad sentiasa penuh dan memerlukan pesakit menunggu giliran
Malah kebelakangan ini, bilangan pesakit baharu harian semakin tinggi berbanding mereka yang sembuh dan dibenarkan pulang.
“Hari terakhir bagi tahun 2020, Malaysia merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita iaitu sebanyak 2,525 kes.”
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
“Hari ini (31 Disember) bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,481 kes.”
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
Kongsi Farihin lagi, warga net perlu tahu, andai mereka disahkan positif COVID-19 dan didatangi ambulans untuk dibawa ke hospital, mereka juga mungkin akan ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sungai Buloh sehingga 14 hari, satu tempoh yang lama dan mungkin membosankan.
Ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara bertukar menjadi wad pesakit COVID-19 sejak April 2020
Malah ada kes malam tadi menyaksikan ambulans yang membawa tiga beranak untuk dihantar ke Pusat Penyelarasan Perubatan Kecemasan (MECC) diarah berpatah balik ke rumah kerana pusat kuarantin yang penuh.
Sumber: Twitter @farihinosteo
“Perut lapar, nak kencing, semua ada. Isyak pun belum ni.”
Farihin Fattah, Frontliner
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat hari lalu berkata KKM mempertimbang untuk pesakit COVID-19 tahap satu dan dua menjalani kuarantin di rumah sekiranya keadaan memerlukan.
Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya ia dilaksanakan, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi.
Jelas Noor Hisham ketika itu, KKM masih ada kapasiti dari segi katil tetapi berdepan isu logistik untuk memindahkan pesakit dari rumah ke hospital.
Perkara itu katanya, berikutan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests