Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Malaysia kutuk kezaliman Israel ke atas penunjuk perasaan

DUNIA

Malaysia kutuk kezaliman Israel ke atas penunjuk perasaan

Malaysia mengutuk sekerasnya tindakan Israel membunuh warga Palestin semasa protes “Great March of Return”. – Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas peserta penunjuk perasaan dalam perhimpunan sempena ulang tahun pertama “Great March of Return” pada 30 Mac.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walau dengan apa cara sekalipun.

“Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdosa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera.”

“Penggunaan kekerasan adalah tidak wajar. Oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk mencegah lebih ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa daripada menjadi korban,” menurut kenyataan tersebut.

Tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan “Independent International Commission of Inquiry on the protests in the Occupied Palestinian Territory” jelas membuktikan kedegilan kerajaan Israel. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading