Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA MASIH TUNGGU KEPUTUSAN RAYUAN KUOTA HAJI TAMBAHAN

DALAM NEGARA

MALAYSIA MASIH TUNGGU KEPUTUSAN RAYUAN KUOTA HAJI TAMBAHAN

BANGI: Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Datuk Idris Ahmad ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap SDK JAKIM Tahun 2022 hari ini. – Bernama

BANGI: Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

“Setakat ini belum ada jawapan lagi. Kita doalah moga Allah permudahkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.

Pada 16 Mei lepas, Idris dilapor berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan itu semasa menghadiri Persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 dengan 85 peratus diperuntukkan kepada jemaah luar negara dan Malaysia pada musim ini diberi kuota 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini.

Ditanya mengenai surat tawaran bagi kumpulan kedua jemaah haji musim 2022, Idris berkata Lembaga Tabung Haji sudah mengeluarkan surat tawaran itu pada 10 Mei lepas dan mereka yang menerima surat itu diberi masa 10 hari untuk memberikan jawapan.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat maklumat berapa ramai yang sudah memberikan jawapan untuk menerima tawaran haji itu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading