Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERMIT IMPORT GANDUM DIBATALKAN – PM

DALAM NEGARA

PERMIT IMPORT GANDUM DIBATALKAN – PM

Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan permit import (AP) gandum dibatalkan.

Beliau berkata perkara berkenaan dipersetujui Ahli Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang diawalkan sehari bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.

“Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas selesai mempengerusi mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini, Ismail Sabri turut mengumumkan pemansuhan AP bahan makanan dalam langkah memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Isu jaminan bekalan makanan menjadi perhatian serius bermula selepas Indonesia dilapor melarang eksport kelapa sawit, kemudian diikuti langkah India yang melaksana larangan eksport gandum.

Terbaharu, ayam menjadi isu negara selepas dilaporkan bekalannya berkurangan dalam negara.

Perdana Menteri hari ini turut mengumumkan AP ayam dimansuhkan termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan ayam buat masa ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading