MALAYSIA, NEW ZEALAND ZAHIR KEBIMBANGAN SITUASI KEMANUSIAAN DI GAZA
Anwar berkata beliau mengakui dan menyatakan penghargaan terhadap kenyataan terbaru yang dikeluarkan New Zealand bersama rakan kongsi lain, mengenai keperluan segera melaksanakan gencatan senjata dan mencari penyelesaian damai secara baik.
PUTRAJAYA: Malaysia dan New Zealand hari ini melahirkan kebimbangan serius terhadap situasi kemanusiaan di Gaza, menurut kenyataan bersama yang disiarkan dalam Beehive.govt.nz, laman web rasmi kerajaan New Zealand.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari New Zealand Christopher Luxon berkata aliran bantuan kemanusiaan yang pantas, besar-besaran, tanpa halangan dan berterusan ke Gaza amat diperlukan.
“Para pemimpin juga menggesa gencatan senjata segera dan kekal. Ini adalah kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena lawatan rasmi Luxon selama tiga hari ke Malaysia bermula Ahad (1 Ogos), baik Malaysia mahupun New Zealand tidak mahu melihat konflik merebak di rantau itu.
Peningkatan ketegangan di rantau itu menjadikan gencatan senjata di Gaza lebih mendesak, menurut kenyataan berkenaan.
Perdana Menteri turut menggesa semua pihak untuk bertindak secara rasional dan mengurangkan ketegangan.
Sementara itu, pada sidang media bersama Anwar di sini hari ini, Luxon berkata mungkin terdapat perbezaan pendapat mengenai Hamas, “tetapi apa yang kedua-dua negara sangat bersetuju ialah keperluan untuk melihat gencatan senjata segera di rantau itu.”
“Saya sebenarnya menerima kunjungan Perdana Menteri Qatar (Mohammed Abdulrahman Al-Thani) seperti yang anda sedia maklum, di Wellington beberapa minggu lepas. Beliau bersama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha untuk membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan dan itulah yang diperlukan di sini,” katanya.
“Dan Perdana Menteri lain, dalam kenyataan yang telah kami keluarkan bersama Kanada dan Australia sebagai kenyataan tiga pihak, kami mengeluarkan tiga kenyataan yang semuanya menyeru gencatan senjata segera.”
Menurut Luxon, Malaysia dan New Zealand menyedari kebangkitan ekstremisme ganas dan mahu mengekalkan perpaduan sosial dalam masyarakat yang semakin berbilang budaya, dan itu adalah perkara yang “kami akan terus usahakan.”
“Terdapat 195 negara di dunia yang tidak bersetuju dalam segala-galanya…kami juga tidak bersetuju dalam semua perkara dan itu agak normal tetapi saya boleh katakan bahawa kami tidak mempunyai rakan yang lebih rapat di Asia selain Malaysia. Ini adalah hubungan yang telah lama terjalin sejak beberapa dekad.
“Dan apa yang kami tekad untuk lakukan adalah untuk terus mencari titik persamaan bagi bekerjasama dan memajukan perkara yang boleh kami lakukan bersama…kami berdua bersependapat dalam menyeru gencatan senjata segera, membawa pihak-pihak ke meja rundingan dan akhirnya mencari penyelesaian dua negara, ” katanya panjang lebar.
Sementara itu, Anwar berkata beliau mengakui dan menyatakan penghargaan terhadap kenyataan terbaru yang dikeluarkan New Zealand bersama rakan kongsi lain, mengenai keperluan segera melaksanakan gencatan senjata dan mencari penyelesaian damai secara baik.
Agensi Berita Palestin (WAFA) pada Ahad melaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,738 kematian yang dilaporkan, manakala 94,154 individu mengalami kecederaan.
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, menurut laporan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests