MALAYSIA SALUR RM45 JUTA, 5,000 TAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA
Lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah dari Oktober 2023 yang memberi manfaat kepada jutaan penduduk Palestin.
KUALA LUMPUR: Malaysia menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan berjumlah RM45 juta untuk rakyat Palestin di Gaza sejak serangan besar-besaran Israel terhadap enklaf itu pada 7 Okt 2023 hingga kini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata sumbangan berkenaan disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam Op Ehsan, agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan.
Mohamad berkata lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah dari Oktober 2023 yang memberi manfaat kepada jutaan penduduk Palestin.
“Situasi kini semakin mencabar setelah pintu sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei 2024 dan kini satu-satunya laluan bantuan yang masih beroperasi ialah melalui Jambatan Raja Hussein di Jordan.
“Oleh sebab itu, kita sedang memperkukuh kerjasama antara Malaysia dengan kerajaan Jordan … kita telah mendapat undangan dan bersetuju untuk turut serta dalam misi bantuan melalui jambatan ini dengan kerjasama kerajaan Jordan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian semasa Malaysia serta bentuk bantuan kemanusiaan yang dihulurkan dan kos diperuntukkan bagi krisis kemanusiaan Gaza sejak serangan Israel pada 7 Okt 2023 hingga kini.
Selain bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza, beliau berkata Malaysia juga menyumbangkan US$1 juta kepada dua pertubuhan di Jordan iaitu Pusat Kanser Raja Hussein dan Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO).
Beliau berkata pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia turut menerima bantuan yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antaranya kemudahan pembiayaan pengajian dan elaun sara hidup.
Mohamad berkata Malaysia akan terus bersuara lantang memperjuangkan pembentukan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berlandaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara dan diiktiraf sebagai negara anggota penuh PBB.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan pendirian tegas Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi semalam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.