TIADA KEPERLUAN ROMBAK PENTADBIRAN ALK SUSULAN KES BULI DI UPNM
Tiada keperluan untuk merombak pentadbiran Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) susulan beberapa kes buli yang dilaporkan sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk merombak pentadbiran Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) susulan beberapa kes buli yang dilaporkan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.
“Buat masa ini kita akan tengok semua hasil siasatan seperti kelemahan dan sebagainya dahulu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Nasional 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang diambil oleh kementeriannya bagi mengekang kegiatan buli di ALK.
Beliau berkata tidak wajar melontarkan pelbagai gelaran yang boleh merosakkan imej UPNM susulan kejadian buli yang dilaporkan, kerana UPNM bukanlah universiti yang hanya menampung keperluan Kementerian Pertahanan.
“Sememangnya UPNM memberikan tempat kepada kadet-kadet tajaan MINDEF (Kementerian Pertahanan), namun ia juga mempunyai pelajar-pelajar daripada pihak awam.
“Kalau kita lihat jumlah pelajar UPNM yang berdaftar pada masa ini ada 4,200 dan daripada jumlah itu, ada 957 kadet. Ini menunjukkan kadet hanya satu per empat daripada jumlah pelajar dalam UPNM,” katanya.
Mohamed Khaled berkata jika kejadian berlaku semasa sesi pembelajaran di UPNM, maka ia menjadi tanggungjawab universiti tetapi bagi kejadian yang berlaku dalam latihan ketenteraan atau di asrama ALK, tidak wajar untuk melabel UPNM dengan pelbagai nama.
“Kadet ini ditaja MINDEF, setiap tahun akan diambil dalam 300 kadet menjadi keseluruhan ALK ada dalam 1,000 dan mereka ini ditempatkan di (ALK). Mereka tidak diletakkan sama dengan asrama pelajar lain ini (UPNM), dan semua berlaku di ALK bukannya di UPNM. Ini (dakwaan kejadian buli) berlaku di ALK di bawah MINDEF,” katanya.
Ahad lepas, polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian yang membabitkan seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun yang disyaki dipijak sehingga cedera parah di rusuk dan belakang badan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.
Bulan lepas, satu insiden lain pula melibatkan kes buli di universiti yang sama, dengan seorang pegawai kadet ALK UPNM telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan pelajar junior menggunakan seterika wap panas.
Sebelum ini negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.
Susulan kes yang berlaku pada 2017 itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lepas setelah didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests