Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALINDO AIR GANTUNG PENERBANGAN KE TIANJIN, GUANGZHOU

DALAM NEGARA

MALINDO AIR GANTUNG PENERBANGAN KE TIANJIN, GUANGZHOU

KUALA LUMPUR: Malindo Air menggantung sementara waktu dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan wabak koronavirus.

Malindo Air dalam kenyataannya berkata, ia membabitkan penerbangan antara Kota Kinabalu – Tianjin – Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 hingga 29 Februari manakala Johor Bahru – Guangzhou – Johor Bahru mulai 11 hingga 29 Februari ini.

Kata kenyataan itu, Malindo Air akan terus memantau keadaan di China demi kesihatan dan keselamatan penumpang dan pekerjanya.

“Kami akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang melalui laman web,” katanya hari ini.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan berjadual mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin, dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

“Penumpang yang sudah membuat tempahan yang sah untuk perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta antara Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi Pusat Panggilan di +603-78415388 untuk bantuan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, Malindo Air mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Januari lalu sehingga notis selanjutnya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading