BEIJING: Ia kedengaran pelik tetapi benar-benar berlaku di China yang kini bergelut dengan serangan koronavirus yang meragut lebih 300 nyawa manakala kira-kira 14,380 kes jangkitan direkodkan.
Minggu lalu, sebuah hospital khas di barat daya Wuhan berjaya disiapkan dalam tempoh 48 jam dan turut dilengkapi bekalan air, elektrik dan internet serta 1,000 katil untuk merawat pesakit selepas kes jangkitan wabak maut itu semakin meningkat pada setiap hari.
Dabie Mountain Regional Medical Centre yang diubah suai daripada sebuah bangunan kosong menjadi hospital koronavirus pertama di China dan mula menerima kumpulan pesakit pada jam 10.30 malam pada Selasa lalu.
Lebih 500 pekerja binaan, juruelektrik dan polis bekerja keras tanpa henti untuk melaksanakan projek hospital di daerah Huanggang tersebut.
Pada mulanya, ia dirancang untuk dibuka sebagai sebuah hospital biasa pada Mei depan, namun ancaman koronavirus yang semakin meningkat menyebabkan mereka bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut dalam tempoh singkat iaitu selama dua hari.
Sebuah lagi hospital khas koronavirus, Hospital Huoshenshan yang akan mula dibuka hari ini juga menggunakan struktur pasang siap seperti Hospital Xiaotangshan yang pernah menjadi pusat perubatan khas di Beijing dan dibina dalam tempoh tujuh hari untuk merawat pesakit dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.
Pekerja binaan bertungkus-lumus menyiapkan hospital dalam tempoh 10 hari. – Foto AFP
Stesen penyiar rasmi China, CCTV turut menyiarkan secara langsung kerja pembinaan kesemua hospital terbabit dan didakwa berjaya meraih lebih 40 juta tontonan.
Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana jentera berat beroperasi sepanjang masa untuk pembinaan hospital tersebut yang merupakan salah satu daripada empat kemudahan khas untuk merawat pesakit koronavirus yang dirancang di seluruh negara.
Pusat perubatan hampir siap dilengkapi kira-kira 1,000 katil yang turut digelar sebagai Fire God Mountain Hospital itu diserahkan kepada tentera semalam selepas projek pembinaannya bermula 10 hari lalu.
Selain itu, satu lagi kemudahan khas koronavirus, Hospital Leishenshan dibina di kawasan seluas kira-kira 60,000 meter persegi termasuk 51,000 meter persegi yang menempatkan unit kuarantin dan 9,000 meter persegi asrama untuk menempatkan kira-kira 2,000 kakitangan perubatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan idea asal projek itu adalah untuk membina hospital dilengkapi 1,300 katil, namun kerajaan Wuhan memutuskan untuk menambah 300 katil berikutan jumlah kes yang semakin meningkat pada setiap hari.
Kedua-duanya dikatakan akan dikendalikan oleh pasukan perubatan tentera.
Sementara itu, projek pembinaan hospital ketiga dan keempat dikatakan sedang dirancang dalam masa terdekat.
Minggu lalu, Beijing bertindak segera menghantar lebih 6,000 kakitangan perubatan termasuk doktor tentera ke wilayah Hubei yang menjadi pusat penyebaran wabak tersebut yang kini telah merebak ke lebih 20 negara. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests