Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID, SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU PASTIKAN PENCERAMAH ADA TAULIAH

DALAM NEGARA

MASJID, SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU PASTIKAN PENCERAMAH ADA TAULIAH

Masjid dan surau perlu kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian.

Gambar ARKIB. Sumber AFP

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan (WP) perlu memastikan penceramah yang dijemput mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, masjid dan surau perlu kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian.

“Semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Pekeliling-pekeling semasa bagi memastikan institusi tersebut ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

“Sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Ajib, institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan bukan menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecah belahkan masyarakat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading