SHAH ALAM: Semua masjid dan surau diminta terus menyebarkan maklumat sahih berkenaan kepentingan pengambilan vaksin dalam usaha membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, MAIS bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk sentiasa memperkasa fungsi ahli jawatankuasa masjid dan surau di Selangor dalam membantu meningkatkan tahap kesedaran pendaftaran vaksin dalam kalangan ahli kariah.
Tambahnya, MAIS melihat fungsi masjid dan surau ini bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi perlu ditingkatkan sebagai pusat rujukan utama.
“Ini termasuk masjid dan surau sebagai pusat informasi dan penyebaran maklumat yang sahih kepada masyarakat sekitar mengenai kepentingan mengambil vaksin COVID-19.
“Walaupun kegiatan bersemuka di masjid atau surau terhad, aktiviti dalam talian boleh dilaksanakan secara meluas seperti bacaan al-Quran, ceramah dan tazkirah bersama ahli kariah, termasuk perkongsian dan saranan berkaitan pengambilan vaksin melalui dalam talian,” katanya.
Abdul Aziz berkata, MAIS mengharapkan dengan adanya pendekatan tersebut dapat menimbulkan kefahaman dalam kalangan ahli kariah masjid atau surau mengenai kepentingan mengambil vaksin COVID-19.
Pendekatan yang diambil MAIS berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember tahun lalu.
“Ia juga berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2021 yang bersidang pada 9 Februari lalu yang mengambil ketetapan bahawa Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“MAIS berpandangan, keputusan itu sangat diberikan penekanan dalam Islam iaitu hifzu al-nafs atau memelihara nyawa, malah umat Islam disyariatkan memelihara nyawa dan mengharamkan perbuatan yang akan menyebabkan nyawa terancam serta berada dalam kebinasaan,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked