Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASYARAKAT PERLU BERHEMAH DALAM KEMPEN SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

MASYARAKAT PERLU BERHEMAH DALAM KEMPEN SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN – MOHD NA’IM

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya.”

Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dalam melakukan kempen solidariti bersama Palestin.

Mohd Na’im berkata apa jua tindakan yang diambil perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak, justeru beliau menyeru agar semua pihak bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan mereka.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini netizen melancarkan kempen  memboikot artis Malaysia yang terbabit mempromosikan jenama dan barangan dari negara Israel.

Kempen itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara dan rakyat Palestin. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading